Bangunan Angkasapuri


Pembinaan bermula pada tahun 1966 dan siap pada tahun 1968. Pada 17hb Februari 1968, Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Sebelum Angkasapuri dibuka, Pusat Penyiaran negara ini sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejarah perkembangannya bermula apabila Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur memulakan siarannya di Bukit Petaling pada tahun 1930. Dari sini ia mula berpindah ke Bangunan Guthric dan kemudian ke Bangunan Oriental di Jalan Tun Perak. Selepas itu ia berpindah lagi ke Hospital Tang Lin dan akhirnya ke Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur selama kira-kira 15 tahun sebelum berpindah ke Angkasapuri. Sementara studio sementara Televisyen Malaysia yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Ampang berhampiran dengan Dewan Tunku Abdul Rahman (kini Pusat Pelancongan Malaysia) telah memulakan siarannya pada 28hb Disember 1963.

Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam.

Pada 29hb Ogos 1988, Bangunan Angkasapuri dan bendera Malaysia (kini Jalur Gemilang) telah mencipta sejarah apabila sebuah bendera gergasi berukuran 85.3 meter panjang dan 24.3 meter (60 gulung kain) telah dinaikkan oleh 500 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Bendera gergasi tersebut dinaikkan selama 10 minit bermula jam 9.00 pagi dan ia disaksikan oleh 5000 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Proses membuat bendera gergasi ini memakan masa dua minggu



Tips
Bangunan Angkasapuri ini digunakan oleh Kementerian Penerangan.


Pengangkutan
Tren
Anda boleh menaiki Komuter dan berhenti di stesen Angkasapuri dan hanya berjalan kaki beberapa minit untuk sampai ke pintu utama Andkasapuri.


Talian Untuk Dihubungi
Wisma TV Radio Television Malaysia,
Angkasapuri Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan 50614, Malaysia
03-2282-5333
http://www.rtm.gov.my/
0 Responses

Post a Comment