Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional akan sentiasa segar dalam ingatan kepada sesiapa sahaja yang kejayaan Atto Boldon dalam Sukan Komanwel ke XVI Kuala Lumpur dua tahun yang lalu. Bercirikan bangunan yang besar dan senibina yang baik dikagumi oleh jutaan mata seluruh dunia.

Stadium yang berbentuk bulat bujur telur ini mempunyai keluasan 76,000 meter persegi. Bentuknya yang klasik seperti mangkuk ini diperindahkan lagi dengan binaan dramatik tempat duduk penonton yang setinggi tiga tingkat.

Venue ini merupakan gelanggang kepada banyak acara olahraga, perlawanan bolasepak, upacara pembukaan dan acara-acara bersejarah. Sebagai sebuah venue pelbagaiguna, ia turut dapat memuatkan konsert, seminar, pameran, aktiviti hari keluarga, acara –acara korporat dan pelancaran produk.

Anda dapat memerhatikan keris raksasa yang merupakan simbolik keberanian dan kepahlawanan Melayu yang menjadi mercutanda dataran stadium.
Keunikan seninya dapat dipamerkan menerusi panel-panel dipersekitarannya bangunannya yang mempamerkan cirri-ciri ukiran tradisional.

Tambahan lagi, satu laluan terowong bersebelahan kompleks Majlis Sukan Negara membolehkan atlet-atlet memasuki Stadium Nasional selepas memanaskan badan dikawasan luar stadium.

Setiap aspek pembangunan adalah didirikan berdasarkan perancangan yang terperinci dan bahan-bahan yang berkualiti. Struktur bumbungnya yang menarik adalah diperbuat daripada polyurethane lutsinar yang menghalang pertumbuhan kulat.

Stadium ini dapat memuatkan seramai 100,000 orang penonton pada satu masa dengan 200 ruang untuk golongan kurang upaya. Tempat duduk orang kurang upaya terletak dibahagian pintu masuk yang berdekatan dengan tempat meletak kenderaan.

Terdapat sesuatu yang istimewa dengan tempat duduknya. Kibaran bendera Malaysia, Jalur Gemilang dipamerkan melalui kombinasi tempat duduk yang berwarna-warni. Para penonton memasuki stadium melalui dataran utama yang berada diaras yang sama dengan plaza pejalan kaki yang mengelilingi stadium.

Berita baik menanti pihak media dimana laluan-laluan khas turut disediakan untuk memudahkan mereka masuk ke pejabat berita, studio penyiaran dan bilik kelengkapan teknikal untuk laporan menerusi medis elektronik.Sistem lampu di Stadium Nasional juga amat sesuai untuk liputan televisyen. Sistem lampu sorot yang diprogramkan dengan lampu halida berlogam memberikan iluminasi sehingga 1500 lux.

Dua unit papan mata matriks video berwarna terletak dipenghujung sebelah utara dan selatan stadium. Satu dilengkapi dengan system penilaian keputusan dan pengaturan masa yang mmeberikan maklumat mengenai acara-acara dan para peserta, manakala satu lagi mmepunyai skrin tiub sinaran katod

Secara umumnya stadium ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik persalinan, bilik mandi, bilik mengurut,bilik sauna, perkhidmatan kawalan keselamatan dan lain-lain keperluan yang berkaitan kepada penonton dan pasukan-pasukan yang bertanding.


Banyak lagi tarikan yang terdapat di stadium ini selain kemudahan yang sedia ada yang dapat memberikan kesukaan semasa menikmati acara-acara yang berlangsung di Stadium Nasional. Berkunjunglah kesana dan alami sendiri pengalaman istimewa menyaksikan acara di dalam bilik diraja.



Tips
Program Rekreasi Renang di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil juga turut diadakan.



Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Boleh memandu terus ke perkarangan stadium. Terdapat 2 kawasan letak kereta A dan B

Star
Naik Star dan berhenti di stesyen Sri Petaling. Stadium itu terletak berdekatan stesyen ini.



Talian Untuk Dihubungi
Perbadanan Stadium Merdeka
Aras 1, Stadium Nasional,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling,
Kuala Lumpur.
TEL: 03-8992 0888
FAKS: 03-8994 4663
http://www.stadium.gov.my
0 Responses

Post a Comment