Dewan Filharmonik Petronas
9:09 AM
Dewan filharmonik ini terletak di lokasi strategik di dalam Menara Berkembar Petronas juga merupakan dewan muzik klasik khusus yang pertama di negara ini. Dewan yang mempesonakan ini dilengkapi dengan kemudahan termoden serta tempat duduk yang selesa dan menggembirakan pelawat yang berkunjung dengan kualiti bunyi yang amat jelas.
Ianya merupakan tapak bagi Orkestra Filharmonik Malaysia yang terdiri dari barisan pemuzik tempatan dan antarabangsa yang hebat. Dewan ini kerap mempersembahkan konsert dan persembahan kebudayaan tradisional oleh Kumpulan Kebudayaan Petronas.
Sejak mula beroperasi pada tahun 1998, dewan ini telah menghiburkan para pelawat dengan pelbagai orkestra dan pemuzik klasik terkemuka di dunia serta pemuzik jazz, persembahan muzik tradisional Malaysia dan persembahan tarian.
Selaku dewan khusus pertama yang dibina di Malaysia, Dewan Orkestra Filharmonik berwawasan untuk menjadi pusat tumpuan peminat muzik klasik serta bentuk muzik lain yang berkaitan seperti muzik jazz dan muzik dunia atau 'world music'.
Perkara yang paling menarik tentu anda mempunyai peluang untuk menikmati salah satu persembahan yang mengagumkan di Dewan Filharmonik ini walau pun jangkamasa lawatan anda hanya sehari.
Tips
Para tetamu diminta mengenakan pakaian rasmi yang bersesuaian untuk masuk ke dewan ini. Sememangnya satu alasan yang baik untuk bergaya!
Pengangkutan
Jalan Kaki atau Teksi
Dewan Filharmonik Petronas terletak di dalam bangunan Menara Berkembar Petronas di Jalan Ampang.
Jalan Darat (Keretapi)
Laluan PUTRA LRT boleh membawa anda terus ke KLCC. Anda hanya perlu turun di stesen KLCC.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.malaysianphilharmonic.com

Post a Comment