Royal Selangor

Pewter yang dihasilkan di Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana seni pembuatannya yang halus dan bertaraf antarabangsa.

Sewaktu zaman awal penubuhan Royal Selangor, pewter yang dihasilkan di sini telah digilap dengan "stone leaf" (tetracera scandens), daun tropika liar yang bertindak sebagai bahan pengilap.

Oleh kerana kualitinya yang tinggi, Royal Selangor menerima pengiktirafan DiRaja dari Sultan Selangor, dan ini membawa kepada gelaran 'pembuat pewter DiRaja' ('Royal Pewterer').

Salah satu tarikan di sini ialah School of Hard Knocks, di mana pengunjung diberi sekeping pewter dan mereka berpeluang untuk membuat bentuk pewter sendiri.

Tarikan lain termasuk sebuah bekas bir terbesar dunia dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records dan the Guinnes World Book of Records.

Bekas (Mug) ini berukuran 1.987 meter tinggi dan seberat 1, 577 kg. Ia berupaya menampung minuman sebanyak 2.976 liter. Mug ini telah mengelilingi dunia ke Canada, Australia, Singapore dan China.


Tips
Waktu pembukaan: Ahad - Jumaat (8.30 pagi - 5 petang), Sabtu (8.30 pagi - 4.30 petang). Anda dinasihatkan menelefon terlebih dahulu, jika ingin mendaftar masuk ke School of Hard Knocks (kerana ia melibatkan kos berasingan). Kemasukan ke pusat pameran adalah percuma.


Pengangkutan
Teksi, PUTRA LRT
Ambil Putra LRT ke Stesyen Wangsa Maju. Di stesyen ini, ambil teksi ke Royal Selangor. Perjalanan dari stesyen ke Royal Selangor sekitar 10 - 15 minit.


Talian Untuk Dihubungi
Royal Selangor International Sdn Bhd. di alamat:
4, Jalan Usahawan Enam 6,
Setapak Jaya,
53300 Kuala Lumpur.
Tel: +603 4145 6000
Fax:+603 4025 1389
Email:info@royalselangor.com
http://www.royalselangor.com/rs2/index.php

0 Responses

Post a Comment