Kuala Lumpur Sentral

Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja. KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenunya, biarpun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015

KL Sentral meliputi seluruh kawasan pembangunan berkeluasan 290,000 meter persegi yang dibina atas bekas tempat melangsir Keretapi Tanah Melayu di Brickfields. Pembangunan KL Sentral merangkumi hab pengangkutan, hotel, bangunan pejabat, pangsapuri dan pusat beli-belah yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.

KL Sentral terbahagi kepada 14 bidang tanah, setiap satunya diberi fungsi yang berbeza. Ada yang sudah pun siap dibina dan sedia digunakan, sementara yang lain pula masih dalam pembinaan, atau masih menunggu pembangunan mengikut fasa yang ditetapkan.

KL Sentral dimajukan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pembinaan Redzai Sdn Bhd.





Tips
KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara. Anda perlu kunjungi sendiri untuk merasai sendiri pengalaman yang mengasyikkan.


Pengangkutan
Tren
Anda boleh mengunakan perkhidmatan Tren seperti di bawah. Anda hanya perlu berhenti di di stesen KL sentral.
Express Rail Link (ERL)
KTM Komuter
KTM Antarabandar
RapidKL Rail
Monorel

Bas
Anda boleh menaiki perkhidmatan bas mengikut nombor perkhidmatan bas seperti di bawah.
Bandar: B112
Utama: U60, U63, U64, U65, U66, U67, U68, U69, U70, U71, U72, U73, U74, U75, U76, U80, U81, U82, U83, U84, U85, U87, U88
Ekspres: E1, E4



Talian Untuk Dihubungi
Level 20, 1 Sentral, Jalan Travers,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel No: 603-2730 2000
Fax No: 603-2730 2022
http://www.klsentral.com.my
0 Responses

Post a Comment