Makam Pahlawan

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Di sinilah mereka yang banyak menyumbang jasa kepada negara Malaysia, dan dianggap sebagai pahlawan dikebumikan.




Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
  • Dalam kubah
  1. Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
  2. Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
  3. Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
  4. Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
  • Luar kubah
  1. Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
  2. Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
  3. Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
  4. Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
  5. Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
  6. Tan Sri Mohd Khir Johari — Menteri Pendidikan (meninggal 2006)



Tips
Anda hanya perlu ke Masjid Negara untuk sampai ke sini.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Makam Pahlawan.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Masjid Negara di talian +603-2693 7905
0 Responses

Post a Comment