Muzium Sejarah Nasional
2:04 AM
Muzium Sejarah Nasional merupakan sebuah muzium yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Muzium ini dibuka pada 4 April 1996 dan merupakan muzium kebangsaan kedua selepas Muzium Negara. Bagaimanapun pada 2007, muzium ini telah ditutup dan koleksi dipindahkan ke Muzium Negara.
Muzium Sejarah Nasional menempatkan pameran keunikan sejarah perkembangan tanah air dari zaman awal sehingga kini. Terdapat hampir seribu koleksi yang dikumpul berasaskan kepada kepentingannya kepada sejarah negara, dan diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti: Senjata, Manuskrip, Peta, Duit, Cop Mohor dan Alat Batu.
Muzium Sejarah Nasional merupakan salah sebuah muzium yang dibangunkan dengan objektifnya yang khusus dan tersendiri. Diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, muzium ini merupakan satu lagi destinasi baru pelancongan yang berasaskan edu-tainment yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pembangunan muzium ini adalah merupakan detik permulaan dalam usaha mengorak langkah dalam memberikan perhatian kepada khazanah warisan negara supaya ianya lebih terperlihara dan dapat dimanfaatkan.
Tips
Masa Lawatan : Setiap hari 9 pg - 6 ptg. Bayaran masuk RM1.00
Pengangkutan
Bas
Pengangkutan bas Intrakota no. 33, 35, 2, 27, 28 dan 110 dari Chow Kit dan bas-bas yang melalui di Pasar Seni.
Tren
10 minit berjalan kaki dari stesen LRT Putra (Pasar Seni) dan Stesen Star dan Putra (Masjid Jamek)
Talian Untuk Dihubungi
Muzium Sejarah Nasional
29, Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur
Tel: 603-26944590 / 603-26944591 / 603-26944592
Faks: 603-26944640

Post a Comment