Koperasi Belia Islam Malaysia

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah. Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI. Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori "Koperasi Model" pada tahun 1985 dan "Anugerah Kualiti" pada tahun 1993.

Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

Konsep KBI adalah bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta'awun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat menggerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.




Tips
Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi hingga 5.00 petang


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Memandu sendiri ke pejabat koperasi yang terletak di Gombak.


Talian Untuk Dihubungi
Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad
NO. 10, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
Gombak 53100
Kuala Lumpur
No. Telefon: 603- 4147 2143
No. Fax: 603- 4147 4942
http://www.kbi.com.my
0 Responses

Post a Comment