Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah perpustakaan rasmi Malaysia. Dibina pada 1956, ia terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pembangunan infrastruktur perpustakaan awam di seluruh negara. Tugas ini diperuntukkan di bawah Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1987 (Pindaan) Bahagian II para 4(2)(h) dan 4(2)I. Pada tahun 2000, beberapa projek pembangunan infrastuktur perpustakaan telah dilaksanakan meliputi Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan awam negeri.

Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia telah mula dibayangkan pada tahun 1970. Dalam tahun 1978 satu tapak yang sesuai telah dikenalpasti untuk Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia iaitu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur seluas 2.2 hektar.

Bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.

Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman 'Taman Ilmu' bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Susunan ubin bercorak songket berwarna biru untuk bumbung diilhamkan dari warisan yang kaya.

Konsep 'minda' mempengaruhi reka bentuk senibina dalaman. Suasana ruang terbuka luas menggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruang perpustakaan. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. 'Skylight' yang terdapat di puncak bumbung mengilhamkan pencapaian ilmu yang luas. Di antara lima tiang atriumnya terbentuk ruang menegak yang luas.

Beberapa aras yang menempatkan pelbagai bahagian dan kemudahan perpustakaan dihubungkan dengan tangga yang menarik.

Setiap aras tersusun kemas, menempatkan rangkaian perkhidmatan, koleksi dan maklumat di perpustakaan. Reka bentuk bangunan ini juga mengambil kira kemudahan untuk orang cacat.




Tips
Waktu Perkhidmatan Untuk Umum
Selasa hingga Sabtu : 10.00 pagi - 7.00 petang
Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jln Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
Tel: 603-2687 1700
Fak: 603-2692 7502
http://www.pnm.gov.my

Tabung Haji

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur , Malaysia . Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Mekah . Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Mekah.

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.




Tips

Diuruskan oleh tiga badan iaitu Jemaah Lembaga Pengarah, Ahli Panel Pelaburan dan Ahli Majlis Penasihat Haji.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2054 2000 / 03-2054 2233 / 03-2054 2400
Fak: 03 - 2163 7235
http://www.tabunghaji.gov.my

Carcosa Seri Negara

Carcosa Seri Negara yang terletaknya di sebelah Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, di bina oleh Sir Frank Swettenham pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasminya. Beliau pindah masuk pada 1904 dan menggelarkannya "Carcosa", kemungkinan sepatah kata pinjaman Itali yang bermaksud "tempat yang amat disayangi".

Pada masa yang sama, Sir Frank juga siap membina bangunan "King House" di tepi bukit sebelah. Tujuan pembinaan King's House, kini digelarkan "Seri Negara" (bermaksud "negara indah"), adalah untuk melindungi Gabernor Negeri-negeri Selat serta tetamu-tetamu Persekutuan Tanah Melayu yang mustahak.

Sir Frank, Penasihat British bagi Sultan Perak, telah mencadangkan penggabungan keempat-empat negeri menjadi sebuah persekutuan. Cadangannya diterima oleh sultan-sultan berkenaan dan Pejabat Luar Negeri British. Seterusnya, Sir Frank dilantik sebagai Residen-Jeneral pertama Negeri-negeri Melayu Persekutuan.

Kuala Lumpur pada masa itu merupakan sebuah kampung sederhana yang pada khususnya didiami oleh pelombong timah Cina. Akan tetapi Sir Frank mencintai tapak ini sejak 1888 sewaktu melawat kawasan hutan di pinggir barat. Oleh sebab beliau berasa bahawa bandar itu memerlukan sebidang kawasan awam, Sir Frank mengempang sungai di tapak hutan. Sungai itu menjadi tasik dan hutannya menjadi apa yang kini dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.

Kini, Carcosa merupakan salah satu daripada hotel utama di Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai 13 suite yang dilengkapi dalam gaya keregenan dengan kain broked, goresan lama dan objek karya seni. Kesemua suite dipasang dengan alat penyaman udara dan dilengkapi dengan bar mini, peti besi peribadi, televisyen satelit, meja tulis, pemain DVD/CD dan laluan internet. Julat kadar suite adalah dari RM1,100 hingga RM3,500 sehari, tidak termasuk caj khidmat sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 5%.




Tips
Dari 1904 sehingga serangan Jepun pada 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British kepada negeri-negeri Melayu.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan. Ia terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana.


Talian Untuk Dihubungi
Taman Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: (60 3) 2295-0888
Fax: (60 3) 2282-7888
www.ghmhotels.com

Menara Maxis


Menara Maxis merupakan menara ketujuh tertinggi di Malaysia. Menara ini terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur. Menara ini adalah setinggi 212 meter tinggi. Di sini terdapat ibu pejabat Maxis Communications dan Tanjong Plc Group of Companies. Di bahagian atas terdapat sebuah jam digital yang besar bagi kegunaan untuk melihat waktu.




Tips
Menara Maxis ini mempunyai keluasan tingkat sebesar 70 ribu meter persegi dengan 49 tingkat dan mempunyai ketinggian puncak 212 meter.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan atau anda boleh berjalan dari KLCC yang hanya mengambil masa beberapa minit.


Talian Untuk Dihubungi
Aras 18, Menara Maxis
KLCC, Off Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel No 03-2330 7000
Fax No 03-2330 0008
http://www.maxis.com.my

Muzium Telekom


Pada awal tahun 1980an, Jabatan Telekom Malaysia (JTM) berhadapan dengan keperluan yang mendesak untuk mencari ruang bagi menempatkan peralatan telekomunikasi dan pejabatnya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Maka pada tahun 1984 bangunan yang mempunyai nilai senibina klasik ini dirancang untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks telekomunikasi setinggi 26 tingkat. Bagaimanapun pada tahun 1985, rancangan tersebut dirancang semula apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, amat perihatin terhadap warisan negara. Beliau mencadangkan agar bangunan ini dikekalkan dan dipelihara sebagai salah satu warisan kebanggaan negara.

Kebanyakan bahan-bahan pameran dan koleksi diperolehi daripada unit-unit di bawah TM sendiri. Terdapat juga bahan-bahan pameran yang disumbangkan oleh Jabatan Muzium Dan Antikuiti Malaysia, Muzium  Negeri Sarawak, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Perpustakaan Negara, Filem Negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Polis Diraja Malaysia dan orang perseorangan. Setelah kerja-kerja pengubahsuaian galeri dan pengumpulan bahan-bahan pameran selesai, maka pada tanggal 3 Jun 1994, upacara perasmian yang gilang-gemilang diadakan menandakan Muzium Telekom dibuka secara rasmi untuk dilawati oleh rakyat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara.



Tips
Muzium Telekom bermula pada tahun 1928, apabila sebuah bangunan bercirikan senibina Greek didirikan untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Muzium Telekom
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2031 9966
Fak: 03 2031 5925

Sri Petaling


Sri Petaling (dahulunya Bandar Baru Seri Petaling), ialah sebuah kawasan subbandar yang terletak berhampiran Taman Gembira, Kuchai Lama dan Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kawasan yang sebelum ini merupakan dusun pokok getah dibangunkan pada tahun 1981. Pada 1980-an dan awal 1990-an tempat ini digeruni keranna adanya anah pelupusan sampah yang luas,tetapi kini tiada lagi kerana memberi laluan kepada tempat bermain dan tempat letak kereta.


Bilangan penduduk Sri Petaling pada awalnya tidak ramai kerana jauh terpencil dari ibu kota, tetapi mula bercambah pada akhir 1980-an apabila dibukanya dua laluan baru ke Salak Selatan dan Taman Gembira, ditambah lagi dengan pembangunan pesat yang berlaku di sana sepanjang 1990-an. Pada tahun 1997, Lebuh Raya Shah Alam dibuka untuk memudahkan perjalanan ke Subang Jaya dalam masa 10 minit, maka semakin ramailah penduduk Sri Petaling.




Tips
Disinilah menempatkan Staduim Bukit Jalil.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, membolehkan anda bergerak di sekitar kawasan Sri Petaling.


Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Astro


Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc.

Astro dengan kerjasama Maxis menawarkan perkhidmatan saluran televisyen secara mobile melalui Astro Mobile TV. Saluran ini menawarkan lebih 20 saluran yang dapat ditonton menerusi telefon bimbit 2.5G dan 3G. Saluran tersebut ialah Astro Ria Mobile, Astro Prima Mobile, Astro Oasis Mobile, Astro Aruna Mobile, Astro Ceria Mobile, Astro Hitz.TV Mobile, Astro AEC, Astro Vaanavil, Disney Channel @Play, Animax Mobile, Cartoon Network, MTV2GO, History Channel, Discovery Mobile, Asian Food Channel, Bloomberg News, CNN, Eurosportnews, FTV, WOW TV, Bollywood Express, Jia Yu Entertainment dan Jia Yu News.





Tips
Operasi perkhidmatan Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, dimiliki hak sepenuhnya oleh Astro All Asia Networks plc, sebuah syarikat konsortium rangkaian kerajaan dan syarikat swasta. Pemegang syer utama dimiliki oleh Kumpulan Usaha Tegas (42.7%) dan Khazanah Nasional Berhad (21.6%).


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: 1300 82 3838
http://www.astro.com.my