Stesen Keretapi Tanah Melayu

Dibina pada 1886, Stesen Keretapi Tanah Melayu ini telah siap sepenuhnya pada 1910. Senibinanya direka oleh A.B Hubbock.

Ia dibina bercirikan gaya Moor yang khas, dan kini menjadi salah satu tempat persinggahan bagi tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) di pusat bandar.

Sebelum perpindahan hub ke pengangkutan di Kl Sentral, stesen Keretapi Tanah Melayu ini menjadi hub utama laluan bagi tren-tren dari Singapura, Thailand dan bahagian lain Semenanjung Malaysia.

Hari ini, ia menjadi tempat persinggahan tren dan bas ke kawasan bandar dan Semenanjung Malaysia. Ia juga menjadi hab bas koc ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Singapure dan Hat Yai (Thailand).

Selain itu, untuk keselesaan pengunjung, stesen keretapi ini telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian termasuk kawasan tempat menunggu berhawa dingin dan kemudahan kiosk maklumat pelancong.


Tips
Stesen Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai kiosk maklumat untuk kemudahan pengunjung yang datang ke bandar ini.


Pengangkutan
Keretapi
Guna pengangkutan KTM Komuter ke stesen Kuala Lumpur. Keretapi berhenti di stesen ini.


Talian Untuk Dihubungi
Pusat perkhidmatan: 603 - 2267 1200 atau anda boleh layari laman web di www.ktmb.com.my
0 Responses

Post a Comment