Kompleks Dayabumi

Kompleks Dayabumi merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ia terletak berhampiran Masjid Negara, stesen kereta api lama dan Rumah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin.

Dengan ketinggian 157 meter boleh memuatkan 39 tingkat untuk kegunaan pejabat. Ia mengambil masa selama 2 tahun untuk dibina dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Kompleks ini dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA. UDA merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan bandar.



Tips
Kompleks ini mempunyai senibina yang amat menarik untuk dilihat. Anda perlu datang sendiri untuk menghayati senibinanya.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Bangunan Dayabumi ini. Ia terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka sahaja.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment