Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu yang dibina oleh kerajaan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.



Tips
Waktu melawat:
Isnin - Khamis: 10am - 12am, 2pm - 4pm
Jumaat: Untuk Solat Jumaat Sahaja
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 0am - 12am, 2pm - 6.30 pm


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri dan meletakkannya di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Jalan Duta ,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-62018780
Faks: 603-62018790
0 Responses

Post a Comment