Setapak Kuala Lumpur

Setapak merupakan satu subbandar utama di Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang berhampiran Setapak ialah Setiawangsa, Titiwangsa, Taman Melati, Sentul, Chow Kit dan Kampung Bandar Dalam.

Kawasan Setapak merangkumi keluasan 13.91 km persegi. Majoriti penduduk Setapak terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Secara purata bilangan Bumiputera 83,200 (54%) dan bukan Bumiputera 69,700 (46%). Populasi Setapak ialah 52,900 orang pada tahun 2000.

Bilangan Melayu - 26,693 orang Bilangan Cina - 19,382 orang India - 4,605 orang Bumiputera Sabah - 66 orang Bumiputera Sarawak- 218 orang Orang Asli - 36 Orang Lain-lain - 222 Orang Jumlah 50,682 Orang ----> kajian daripada keputusan pilihanraya pada tahun 2004.

Pusat bandar Setapak ialah di Wangsa Maju. Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran moden dan utama di Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh kawasan perumahan dan perdagangan Setapak. Wangsa maju Seksyen 10 terdiri dari blok penginapan blok A,B dan C serta ada dua blok bangunan perniagaan. Berhampiran dengannnya ada kondominum Sri Kinabalu, Sri Ledang dan Sri Loging. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) terletak di Wangsa Maju.

Dari segi sejarah, Wangsa Maju ini dahulunya ialah estet getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an. Kawasan perbandaran Wangsa Maju ditubuhkan pada tahun 1984. Wangsa Maju telah menjadi salah satu perbandaran terancang di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan.



Tips
Anda boleh membeli belah larut malam di Danau Kota yang khas diwujudkan jualan lewat malam.


Pengangkutan
Tren, Bas, Teksi
Bas RapidKL (Intrakota)
Bas PutraLiner
Bas Len Seng
Putra LRT
Teksi
Metro Bus
Perhentian Teksi Genting Highland (bersempadan dengan kawasan Titiwangsa )
KL Monorail (bersempadan dengan kawasan Titiwangsa)


Talian Untuk Dihubungi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Cawangan Setapak,
Pasar Besar Gombak,
Km. 8, Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4021 1142
0 Responses

Post a Comment