Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana, kira-kira 10 minit perjalanan dari pusat bandaraya.

Lebih 3,000 ekor burung dari 200 spesies ditempatkan di dalam sebuah taman yang indah.

Sambil berjalan di taman, ambil peluang bergambar dengan itik mandarin, burung helang, burung enggang, burung kasawari dan banyak lagi.

Terdapat juga bilik khas untuk pengeraman telur burung, serta nurseri yang memberi peluang kepada pengunjung melihat dengan lebih dekat telur di dalam inkubator.

Terdapat juga pertunjukan burung di Amphiteater yang diadakan pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang setiap hari.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan pelbagai spesies burung berterbangan di dalam taman yang indah!


Tips
Taman Burung KL ini dikatakan adalah taman burung bebas terbesar di dunia.


Pengangkutan
Bas
Rapid KL Bas No. B115 dari Kotaraya ke Jalan Parlimen - Bas Pelancongan Dua Tingkat KL Hop-On-Hop-Off, berhenti di stesyen No. 14 berdepan pintu masuk Taman Burung KL.

KTM Komuter
Keretapi KTM Komuter, and boleh berhenti di stesyen KTM KL (lama) berdekatan Masjid Negara. Perjalanan hanya beberapa minit ke Taman Burung KL.

Memandu
Dari Jalan Bangsar, hala lurus ke arah Stesyen Keretapi KTM. Di bulatan sini, ikut laluan kiri ke Masjid Negara. - Dari Jalan Mahameru, belok kiri ke Jalan Parlimen. Di lampu isyarat, belok kanan ke arah Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, hubungi Safari Bird Park & Wonderland Sdn. Bhd. di talian +603-2272 1010 atau layari laman web mereka: www.klbirdpark.com
1 Response
  1. Unknown Says:

    Bayaran RM brp ye?


Post a Comment