Cheras Kuala Lumpur

Cheras merupakan sebuah pinggir bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bandar ini terletak di tenggara Kuala Lumpur. Cheras juga bersebelahan dengan Ampang ke arah utara dan bersebelahan dengan Kajang ke arah selatan, kedua-duanya merupakan bandar utama di kawasan metropolitan Kuala Lumpur.


Cheras pernah terlibat dalam menjadi tuan rumah Sukan SEA 1995, dan oleh itu mempunyai banyak kemudahan dan stadium sukan bertaraf antarabangsa, termasuk stadium bola sepak Tun Razak.



Tips
Pelbagai tempat yang menarik yang anda boleh lewati dalam kawasan Cheras ini seperti Taman Tasik Permaisuri, Stadium Kuala Lumpur dan sebagainya


Pengangkutan
Tren
Cheras mempunyai beberapa stesen LRT. Di laluan Star LRT, terdapat stesen Cempaka dan Pandah Indah. Selain itu, terdapat juga stesen Cheras. Terdapat banyak juga bas yang melalui Cheras. Jalan raya utama di Cheras termasuklah Jalan Cheras, Jalan Cheras-Kajang dan Jalan Cheras-Seremban.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment