Muzium Numismatik Maybank

Muzium ini mempunyai koleksi wang sejak awal pembentukan Malaya hingga ke hari ini, termasuk mata wang negara Asean.

Antara koleksi yang terdapat termasuk duit syiling dan kertas sejak zaman Kesultanan Melaka serta wang syiling yang digunakan pada zaman penjajahan Portugis, British dan Jepun di Malaya.

Koleksi lain di muzium ini termasuk meriam kecil, matawang dari negeri-negeri Melayu dan mata wang asing.



Tips
Muzium ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur berdekatan Menara Maybank (di Puduraya). Waktu pembukaan ialah: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Jumaat). Muzium ini ditutup hari Sabtu dan Ahad.


Pengangkutan
LRT Putra
Ambil LRT Putra dan berhenti di stesyen Masjid Jamek. Muzium ini terletak di Menara Maybank, kira-kira 10 minit berjalan kaki. Anda juga boleh menggunakan LRT Star dan berhenti di Stesyen Plaza Rakyat. Ia tidak jauh dari stesyen ini yang kira-kira 10 minit berjalan kaki.


Talian Untuk Dihubungi
Muzium Numismatik Maybank tertelak di: 100 Jalan Tun Perak, 1st Floor, Menara Maybank, 50050 Kuala Lumpur. Tel: +603-230 8833
0 Responses

Post a Comment