Menara Telekom

Menara Telekom ialah bangunan ibu pejabat Telekom Malaysia Berhad di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menara ini yang mempunyai 55 tingkat merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas. Tingginya 310 meter atau 1,017 kaki.

Pencakar langit ini direka oleh Hijjas Kasturi Associates, menyerupai sebatang buluh yang bercambah dan dibina oleh PECD Berhad pada tahun 1998. Menara ini siap dibina pada di tahun 2001.


Tips
Keluasan untuk keseluruhan tingkat bagi menara ini ialah 1.6 juta kaki persegi.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Menara Telekom ini.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Informasi Korporat di talian : 03-22409494
0 Responses

Post a Comment