Pasar Seni

Bangunan yang menonjolkan salah satu contoh warisan seni bina Kuala Lumpur yang menarik ini juga berfungsi sebagai sebuah bazar berhawa dingin yang menjual hasil seni dan kraftangan.

Anda perlukan minuman atau makanan Asia yang lazat? Kebanyakan kawasan di tingkat atas dan kawasan luar bazar ini dikhaskan untuk restoran dan pub yang dilengkapi dengan suasana yang menarik. Bangunan tambahan di belakang Pasar Seni juga mengandungi kedai makan dan dua buah kelab hiburan.

Di sebuah panggung terbuka di tepi sungai yang berdekatan, pelbagai pengalaman yang berkaitan dengan kebudayaan menanti anda. Nikmati pelbagai persembahan dan demonstrasi atau anda sendiri boleh cuba melukis batik dengan cara tradisional.

Dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti budaya dan warisan yang terdapat di sini termasuk perkhidmatan menilik nasib cara masyarakat Cina, pertunjukan wayang kulit dan persembahan tarian India.

Di dalam bazar, para pelukis tempatan yang berbakat sedang asyik menyudahkan lukisan mereka sambil memaparkan hasil lukisan mereka kepada orang ramai. Pasar Seni juga menjadi tempat terkumpulnya pelbagai jenis hasil seni dan kraftangan tradisional dari Malaysia dan negara serantau.

Barangan Royal Selangor Pewter yang tersohor di seluruh dunia juga ada dijual di Pasar Seni. Royal Selangor Pewter yang ditubuhkan pada tahun 1886 adalah pengeluar barangan pewter yang terbesar dan tertua di dunia. Asal-usul syarikat ini berkait rapat dengan sejarah penubuhan Kuala Lumpur, selaku pengeluar bijih timah terbesar di dunia suatu masa dahulu.


Tips
Pasar Seni terletak di pinggir Chinatown. Oleh itu, jika anda melawat Chinatown, anda disyorkan mengakhiri lawatan anda di Pasar Seni di mana anda boleh menikmati minuman yang menyegarkan dalam suasana berhawa dingin yang nyaman.


Pengangkutan
Berjalan, Teksi
Selain dari persembahan tarian dan muzik tradisional mereka, penduduk Mah Meri juga terkenal dengan hasil seni ukiran tradisional mereka yang membangkitkan perasaan yang diperbuat dari sejenis kayu paya keras yang dinamakan "Nyireh Batu".

Putra LRT
Stesen Pasar Seni di laluan PUTRA LRT terletak bertentangan dengan Pasar Seni.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan di talian : +603-2615 8188 Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment