Kelab Sultan Sulaiman

Kelab Sultan Sulaiman terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur berhampiran dengan Jalan Raja Alang dan Jalan Tunku Abdul Rahman. 500 meter di penjuru jalan, terletaknya Masjid Kampung Baru iaitu pusat aktiviti keagamaan orang Melayu di Kuala Lumpur.

Kelab Sultan Sulaiman pada asalnya merupakan dewan daripada kayu dan kemudian dibina bangunan batu. Tujuannya untuk 'bersaing' dengan Lake Club yang juga terletak di Kuala Lumpur pada ketika itu.

Bangunan ini menjadi sejarah kerana di sini pertubuhan UMNO ditubuhkan dan pelbagai kongres berkaitan orang Melayu telah diadakan. Sultan Selangor ketika itu telah memperkenankan nama Sultan Sulaiman sebagai nama kelab tersebut.


Tips
Kelab Sultan Sulaiman pernah melahirkan beberapa jaguh bola sepak seperti Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hasan, Hanafiah Ali, Kang Hang Meng, Zulkifli Nobit dan Ghani Minhat.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke kawasan Kelab Sultan Sulaiman.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment