Masjid Jamek

Masjid penuh sejarah ini dibina pada 1909, dan merupakan masjid tertua di bandaraya ini. Masjid ini terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, iaitu tempat permulaan Kuala Lumpur.

Senibina ini mendapat inspirasi senibina Mogul, dari utara India dan ia dibuka secara rasminya sebagai Masjid Negara pada 1965.

Kini, terdapat sebuah masjid negara yang baru, Masjid Jamek masih menjadi sebuah masjid yang penting disebabkan lokasinya yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasinya berdekatan pasaraya, pusat makanan dan kawasan perniagaan menjadikan ia kawasan yang sentiasa dikunjungi ramai. Malah, menjadi tarikan budaya yang memperkaya sejarah Kuala Lumpur.



Tips
Jika memasuki kawasan masjid, pastikan anda berpakaian sopan kerana ini kawasan beribadah.


Pengangkutan
LRT Putra
Naik lrt dan berhenti di stesyen Masjid Jamek. Masjid itu terletak berdekatan stesyen ini.


Talian Untuk Dihubungi
Maklumat lanjut sila hubungi:
Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC),
109 Jalan Ampang,
Kuala Lumpur 50450.
Tel: +603-9235 4848 / 9235 4900
Faks: +603-2162 1149
0 Responses

Post a Comment