Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Geleri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan daripada badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.

Dalam usaha untuk mempromosikan kesedaran dan apresiasi seni diseluruh peringkat masyarakat, objektif utama Balai Seni Lukis Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2500 karya. Dalam kata lain ia ingin memupuk aktiviti kepakaran dan ingin menubuhkan koleksi seni kebangsaan.

Balai Seni Lukis Negara kini ditempatkan dibangunan baru di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bangunan yang mempunyai ciri-ciri seni bina yang tersendiri ini terletak di antara Istana Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia. Kedudukannya juga tidak jauh dari Kuala Lumpur City Center (KLCC)dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bangunan Balai Seni Lukis Negara mempunyai 6 buah geleri, sebuah bengkel dan gedung kreatif, pusat sumber, sebuah oditorium yang memuatkan 144 tempat duduk dan juga pejabat bahagian pentadbiran BSLN.




Tips

Waktu Lawatan:
Isnin hingga Ahad (10.00 pagi - 6.00 petang) termasuk cuti am
Bulan Ramadhan (9.00 pagi - 5.00 petang)


Pengangkutan
Bas
Bas Intrakota : Stesen Central Market Stesen Hospital Besar Kuala Lumpur
No. 14D
Bas Len Seng : Stesen Leboh Ampang ke Stesen Hospital Kuala Lumpur
(No. 169,165,195).

Kenderaan Sendiri
Kemudahan tempat letak kereta disediakan secara "Percuma".


Talian Untuk Dihubungi
Balai Seni Lukis Negara
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +6 03 4025 4990 / 03 4026 7000
Faks : +6 03 4025 4987
http://www.artgallery.gov.my
0 Responses

Post a Comment