Cocoa Boutique

Cocoa Boutique menawarkan pelbagai pilihan coklat yang menarik untuk anda.

Coklat buatan Malaysia, yang dicipta menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi. Coklat istimewa hasil Cocoa Boutique ini menjanjikan rasa coklat yang sedap dan unik, khas untuk pengunjung ke sini.

Bahan koko yang digunakan dalam penghasilan coklat Cocoa Boutique adalah dari negara Belgium, Ghana dan Malaysia. Antara coklat yang menarik perhatian pengunjung ke sini termasuk coklat kelapa, coklat durian, coklat nenas, coklat cili dan pelbagai jenis lagi.

Malah, coklat durian pernah memenangi anugerah 'Produk Coklat Paling Innovatif 2004', dari Lembaga Koko Malaysia.

Malah, jenama coklat Malaysia dari Cocoa Boutique ini juga dieskport ke China, Taiwan, India, Hong Kong, Australia dan rantau Asia Tenggara.

Jangan lupa singgah sebentar di kedai Cocoa Boutique, dan rasai keunikan produk di sini!


Tips
Cocoa Boutique membuat dan menjual coklat berkualiti tinggi, dengan resipi rahsia khas memikat para pengunjung.


Pengangkutan
KL Monorel
Anda boleh ke Cocoa Boutique dengan menggunakan KL Monorel, dan berhenti di stesyen Bukit Nanas. Cocoa Boutique, terletak di Malaysian Tourism Centre/Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) yang hanya 5 minit perjalanan dari stesyen Bukit Nanas.

Bas/ Pengangkutan Awam
Guna bas KL Hop-On Hop-Off, yang salah satu laluan bas ini ialah di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Cocoa Boutique terletak di sini. Anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti teksi untuk ke sini.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut hubungi Cocoa Boutique di talian +603-2141 7010 atau layari laman web mereka: http://cocoaboutique.com.my
0 Responses

Post a Comment