Jalan Masjid India

Jalan Masjid India merupakan sebatang jalan yang popular bagi warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk membeli-belah pada musim perayaan.

Terdapat banyak deretan kedai dan gerai menjual pelbagai jenis tekstil dan perhiasan diri dijual pada harga yang murah. Jalan ini setanding dengan Jalan Petaling yang terletak berdekatan dengan Puduraya. Sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, orang Melayu pergi membeli baju hari raya yang sudah siap di Wisma Yakin. Kini pilihan baju Melayu lebih banyak dan dijual di merata-rata tempat.

Jalan ini dinamakan bersempena adanya sebuah masjid India di jalan ini. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Dickson Street. Terdapat juga sebuah masjid Pakistan di sini. Masjid ini berasaskan Imam Hambali sementara masjid Jamek berasaskan imam Syafie.




Tips
Satu pengalaman yang menyeronokkan bagi sesiapa yang suka membeli belah. Terdapat pelbagai barangan dijual dengan harga yang berpatutan. Jika anda datang ke Kuala Lumpur, jangan melepaskan peluang untuk singgah di sini.


Pengangkutan
Tren
Anda boleh menaiki lrt dan berhenti di stesen masjid jamek dan hanya beberapa minit berjalan kaki untuk memasuki perkarangan bazar Jalan Masjid India ini.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment