Pusat Dagangan Dunia Putra

Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) (PWTC) merupakan bangunan Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan pusat pameran dan persidangan terkenal.

Asalnya bangunan 42 tingkat ini dinamakan Bangunan Tunku Abdul Rahman dan Menara Dato’ Onn sempena memperingati kedua-dua bekas Presiden UMNO. Bangunan ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan budaya tradisi Melayu.

Cadangan pembinaan PWTC bermula pada 1971, semasa Perhimpunan Agong UMNO bersetuju untuk membina sebuah bangunan tetap sebagai ibu pejabat UMNO menggantikan premis sedia ada ketika itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Projek ini kemudian dipengerusikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. Sebuah tabung khas telah ditubuhkan bagi menampung kewangan projek tersebut.

Pada tahun 1972, UMNO telah membeli 4 hektar tanah di Jalan Tun Ismail. Menerusi tabung khas yang diwujudkan, sebanyak RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dari bahagian UMNO dan juga individu.

Kemudian, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn telah mengambil alih jawatan sebagai pengerusi projek. Selepas kematian Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn yang ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah mengambilalih jawatan tersebut

Pada tahun 1979, Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan rekabentuk PWTC. Kemudian Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada Tengku Razaleigh. Kemudian, kerja-kerja pembinaan PWTC telah dimulakan ketika itu kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1985, Pusat Dagangan Dunia Kula Lumpur telah dinamakan Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Center) (PWTC) sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.





Tips
Setiap tahun Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan di sini.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Memandu sendiri ke PWTC ini dan anda boleh meletakkan kenderaan anda ditempat letak kereta yang disediakan.

Tren
Anda boleh menaiki Star lrt dan berhenti di stesen PWTC. Dari stesen, anda hanya perlu melintas jalan untuk sampai ke Bangunan PWTC ini.


Talian Untuk Dihubungi
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: (603) 2614 6999
Fax: (603) 404 33777
http://www.pwtc.com.my
0 Responses

Post a Comment