Kelab Diraja Selangor


Kelab Diraja Selangor atau Royal Selangor Club (juga digelarkan "The Spotted Dog") adalah sebuah kelab sukan di Kuala Lumpur yang bermula pada 1884. Kelab ini terletak di Jalan Raja (dahulu Gombak Road), berhadapan dengan Dataran Merdeka. Ketika itu Dataran Merdeka dipanggil 'Padang sahaja.

Pada 1884, ia menggunakan sebuah bangunan papan yang berbumbung atap nipah. Ahli-ahli pertamanya terdiri daripada H.F. Bellamy, D.G. Campbell, S.E. Harper, D.G. Gordon, Arthur Charles Alfred Norman, S.B.R. Reyne, H.C. Syers, K. Tambusamy Pillai dan A.R. Venning. Tidak lama kemudian, bangunan itu telah memerlukan pembesaran dan pembaikan.

Oleh sebab tiadanya dewan perbandaran pada awal 1890-an, kumpulan teater amatur (serta profesional kembara) membuat persembahan mereka di Kelab Diraja Selangor. Setiap orang dikehendaki menyanyi ataupun bermain alat muzik kepada orang awam. Orang ramai yang hadir di konsert-konsert ini merokok sambil menyanyi dan bermain dengan sukarela ataupun kerana disuruh. Kaum wanita tidak dibenarkan masuk.



Tips
Satu peristiwa besar terjadi pada tahun 1922 apabila beribu-ribu orang berkumpul di padang kelab untuk menyambut Duke Windsor (pada masa itu, Putera Wales) semasa lawatannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli kelab dijemput mengambil bahagian dalam pasukan polo yang diketuai oleh Sultan Perak dalam permainan dengan pasukan Putera. Dalam pasukan pelawat itu terdapat seorang leftenan yang muda, Lord Louis Mountbatten yang kembali 23 tahun kemudian sebagai Ketua Turus Angkatan Bersenjata Pihak Berikat bagi Asia Tenggara sewaktu penyerahan Jepun.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu terus ke perkarangan Kelab Diraja Selangor ini. Anda boleh meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
anda boleh melayari laman web: http://www.rscweb.my/rsc2/
0 Responses

Post a Comment