Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai KLCC. Direka sebagai "bandar dalam bandar" tapak seluas 40 hektar (100-ekar) termasuk taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas bagi memberikan alamat ternama kepada Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Taman bawah air Aquaria KLCC berkeluasan 60,000 kaki persegi (5,600 m²) terletak di bawah pusat konvensyen.



Tips
Pelbagai temasya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini terutama Pikom PC Fair yang menjadi tumpuan pada peminat IT.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta KLCC dan berjalan kerana ia bersebelahan dengan KLCC.

Tren
Anda hanya perlu menaiki LRT dan berhenti di KLCC.


Talian Untuk Dihubungi
Kuala Lumpur Convention Centre,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +60 3 2333 2888
Fax : +60 3 2333 2800
http://www.klccconventioncentre.com
0 Responses

Post a Comment