Bukit Bintang

Bukit Bintang adalah antara tempat yang paling bergaya di ibukota bagi mereka yang gemar membeli-belah atau bersantai menikmati secawan kopi bersama kawan-kawan hingga ke lewat malam.

Ianya tempat yang paling sesuai untuk memerhati gelagat manusia di kota sambil menikmati segelas 'latte' setelah penat membeli-belah.

Kawasan kaki-lima yang lebar di sepanjang jalan ini telah diubahsuai menjadi tempat pertemuan yang bergaya dengan kafe dan restoran yang berbagai-bagai jenis.

Anda tentu tidak akan kekurangan pilihan dengan pelbagai jenis kedai dan kompleks membeli belah yang terdapat di sepanjang Jalan Bukit Bintang.


Tips
Kedai di kawasan ini dibuka mulai 10 pagi hingga 10 malam.


Pengangkutan
Berjalan, Teksi
Bahagian Bukit Bintang yang paling meriah terletak di persimpangan Jalan Sultan Ismail. Sekiranya anda menaiki teksi, tempat paling sesuai untuk turun ialah di Plaza Star Hill dan dari sini anda boleh berjalan kaki hingga ke Plaza Low Yatt.

Monorail
Stesen Monorail Bukit Bintang terletak di antara kompleks beli-belah Lot 10 dan kompleks beli-belah Sungai Wang. Laluan Monorail membolehkan anda bertukar stesen untuk menggunakan laluan LRT untuk ke destinasi seterusnya.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188 Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment