Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah perpustakaan rasmi Malaysia. Dibina pada 1956, ia terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pembangunan infrastruktur perpustakaan awam di seluruh negara. Tugas ini diperuntukkan di bawah Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1987 (Pindaan) Bahagian II para 4(2)(h) dan 4(2)I. Pada tahun 2000, beberapa projek pembangunan infrastuktur perpustakaan telah dilaksanakan meliputi Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan awam negeri.

Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia telah mula dibayangkan pada tahun 1970. Dalam tahun 1978 satu tapak yang sesuai telah dikenalpasti untuk Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia iaitu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur seluas 2.2 hektar.

Bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.

Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman 'Taman Ilmu' bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Susunan ubin bercorak songket berwarna biru untuk bumbung diilhamkan dari warisan yang kaya.

Konsep 'minda' mempengaruhi reka bentuk senibina dalaman. Suasana ruang terbuka luas menggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruang perpustakaan. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. 'Skylight' yang terdapat di puncak bumbung mengilhamkan pencapaian ilmu yang luas. Di antara lima tiang atriumnya terbentuk ruang menegak yang luas.

Beberapa aras yang menempatkan pelbagai bahagian dan kemudahan perpustakaan dihubungkan dengan tangga yang menarik.

Setiap aras tersusun kemas, menempatkan rangkaian perkhidmatan, koleksi dan maklumat di perpustakaan. Reka bentuk bangunan ini juga mengambil kira kemudahan untuk orang cacat.




Tips
Waktu Perkhidmatan Untuk Umum
Selasa hingga Sabtu : 10.00 pagi - 7.00 petang
Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jln Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
Tel: 603-2687 1700
Fak: 603-2692 7502
http://www.pnm.gov.my

Tabung Haji

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur , Malaysia . Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Mekah . Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Mekah.

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.




Tips

Diuruskan oleh tiga badan iaitu Jemaah Lembaga Pengarah, Ahli Panel Pelaburan dan Ahli Majlis Penasihat Haji.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2054 2000 / 03-2054 2233 / 03-2054 2400
Fak: 03 - 2163 7235
http://www.tabunghaji.gov.my

Carcosa Seri Negara

Carcosa Seri Negara yang terletaknya di sebelah Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, di bina oleh Sir Frank Swettenham pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasminya. Beliau pindah masuk pada 1904 dan menggelarkannya "Carcosa", kemungkinan sepatah kata pinjaman Itali yang bermaksud "tempat yang amat disayangi".

Pada masa yang sama, Sir Frank juga siap membina bangunan "King House" di tepi bukit sebelah. Tujuan pembinaan King's House, kini digelarkan "Seri Negara" (bermaksud "negara indah"), adalah untuk melindungi Gabernor Negeri-negeri Selat serta tetamu-tetamu Persekutuan Tanah Melayu yang mustahak.

Sir Frank, Penasihat British bagi Sultan Perak, telah mencadangkan penggabungan keempat-empat negeri menjadi sebuah persekutuan. Cadangannya diterima oleh sultan-sultan berkenaan dan Pejabat Luar Negeri British. Seterusnya, Sir Frank dilantik sebagai Residen-Jeneral pertama Negeri-negeri Melayu Persekutuan.

Kuala Lumpur pada masa itu merupakan sebuah kampung sederhana yang pada khususnya didiami oleh pelombong timah Cina. Akan tetapi Sir Frank mencintai tapak ini sejak 1888 sewaktu melawat kawasan hutan di pinggir barat. Oleh sebab beliau berasa bahawa bandar itu memerlukan sebidang kawasan awam, Sir Frank mengempang sungai di tapak hutan. Sungai itu menjadi tasik dan hutannya menjadi apa yang kini dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.

Kini, Carcosa merupakan salah satu daripada hotel utama di Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai 13 suite yang dilengkapi dalam gaya keregenan dengan kain broked, goresan lama dan objek karya seni. Kesemua suite dipasang dengan alat penyaman udara dan dilengkapi dengan bar mini, peti besi peribadi, televisyen satelit, meja tulis, pemain DVD/CD dan laluan internet. Julat kadar suite adalah dari RM1,100 hingga RM3,500 sehari, tidak termasuk caj khidmat sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 5%.




Tips
Dari 1904 sehingga serangan Jepun pada 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British kepada negeri-negeri Melayu.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan. Ia terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana.


Talian Untuk Dihubungi
Taman Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: (60 3) 2295-0888
Fax: (60 3) 2282-7888
www.ghmhotels.com

Menara Maxis


Menara Maxis merupakan menara ketujuh tertinggi di Malaysia. Menara ini terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur. Menara ini adalah setinggi 212 meter tinggi. Di sini terdapat ibu pejabat Maxis Communications dan Tanjong Plc Group of Companies. Di bahagian atas terdapat sebuah jam digital yang besar bagi kegunaan untuk melihat waktu.




Tips
Menara Maxis ini mempunyai keluasan tingkat sebesar 70 ribu meter persegi dengan 49 tingkat dan mempunyai ketinggian puncak 212 meter.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan atau anda boleh berjalan dari KLCC yang hanya mengambil masa beberapa minit.


Talian Untuk Dihubungi
Aras 18, Menara Maxis
KLCC, Off Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel No 03-2330 7000
Fax No 03-2330 0008
http://www.maxis.com.my

Muzium Telekom


Pada awal tahun 1980an, Jabatan Telekom Malaysia (JTM) berhadapan dengan keperluan yang mendesak untuk mencari ruang bagi menempatkan peralatan telekomunikasi dan pejabatnya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Maka pada tahun 1984 bangunan yang mempunyai nilai senibina klasik ini dirancang untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks telekomunikasi setinggi 26 tingkat. Bagaimanapun pada tahun 1985, rancangan tersebut dirancang semula apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, amat perihatin terhadap warisan negara. Beliau mencadangkan agar bangunan ini dikekalkan dan dipelihara sebagai salah satu warisan kebanggaan negara.

Kebanyakan bahan-bahan pameran dan koleksi diperolehi daripada unit-unit di bawah TM sendiri. Terdapat juga bahan-bahan pameran yang disumbangkan oleh Jabatan Muzium Dan Antikuiti Malaysia, Muzium  Negeri Sarawak, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Perpustakaan Negara, Filem Negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Polis Diraja Malaysia dan orang perseorangan. Setelah kerja-kerja pengubahsuaian galeri dan pengumpulan bahan-bahan pameran selesai, maka pada tanggal 3 Jun 1994, upacara perasmian yang gilang-gemilang diadakan menandakan Muzium Telekom dibuka secara rasmi untuk dilawati oleh rakyat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara.



Tips
Muzium Telekom bermula pada tahun 1928, apabila sebuah bangunan bercirikan senibina Greek didirikan untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
Muzium Telekom
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2031 9966
Fak: 03 2031 5925

Sri Petaling


Sri Petaling (dahulunya Bandar Baru Seri Petaling), ialah sebuah kawasan subbandar yang terletak berhampiran Taman Gembira, Kuchai Lama dan Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kawasan yang sebelum ini merupakan dusun pokok getah dibangunkan pada tahun 1981. Pada 1980-an dan awal 1990-an tempat ini digeruni keranna adanya anah pelupusan sampah yang luas,tetapi kini tiada lagi kerana memberi laluan kepada tempat bermain dan tempat letak kereta.


Bilangan penduduk Sri Petaling pada awalnya tidak ramai kerana jauh terpencil dari ibu kota, tetapi mula bercambah pada akhir 1980-an apabila dibukanya dua laluan baru ke Salak Selatan dan Taman Gembira, ditambah lagi dengan pembangunan pesat yang berlaku di sana sepanjang 1990-an. Pada tahun 1997, Lebuh Raya Shah Alam dibuka untuk memudahkan perjalanan ke Subang Jaya dalam masa 10 minit, maka semakin ramailah penduduk Sri Petaling.




Tips
Disinilah menempatkan Staduim Bukit Jalil.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, membolehkan anda bergerak di sekitar kawasan Sri Petaling.


Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Astro


Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc.

Astro dengan kerjasama Maxis menawarkan perkhidmatan saluran televisyen secara mobile melalui Astro Mobile TV. Saluran ini menawarkan lebih 20 saluran yang dapat ditonton menerusi telefon bimbit 2.5G dan 3G. Saluran tersebut ialah Astro Ria Mobile, Astro Prima Mobile, Astro Oasis Mobile, Astro Aruna Mobile, Astro Ceria Mobile, Astro Hitz.TV Mobile, Astro AEC, Astro Vaanavil, Disney Channel @Play, Animax Mobile, Cartoon Network, MTV2GO, History Channel, Discovery Mobile, Asian Food Channel, Bloomberg News, CNN, Eurosportnews, FTV, WOW TV, Bollywood Express, Jia Yu Entertainment dan Jia Yu News.





Tips
Operasi perkhidmatan Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, dimiliki hak sepenuhnya oleh Astro All Asia Networks plc, sebuah syarikat konsortium rangkaian kerajaan dan syarikat swasta. Pemegang syer utama dimiliki oleh Kumpulan Usaha Tegas (42.7%) dan Khazanah Nasional Berhad (21.6%).


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan.


Talian Untuk Dihubungi
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: 1300 82 3838
http://www.astro.com.my

The Gardens


The Gardens (juga dikenali dengan nama penuhnya The Gardens at Mid Valley City) merupakan sebuah projek pembangunan terkemuka di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan fasa kedua bagi Mid Valley City, yang mana juga bersebelahan dengan Mid Valley Megamall. The Gardens dibina untuk menampung pusat membeli belah mewah, serta empat menara, satu bangunan hotel, selain kawasan kediaman dan meliputi ruang dua bangunan pejabat.

Pusat membeli belah telah dibuka pada 28 September 2007. Penyewa utamanya adalah Isetan dan Robinson. Terdapat juga sebuah pusat panggung wayang iaitu Golden Screen Cinemas yang dikenali sebagai The Signature.




Tips
Semestinya tidak merugikan jika anda datang ke sini kerana Kompleks membeli belah Mid Valley juga bersebelahan dengan The Gardens ini.

Pengangkutan

Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan ya

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Bangunan Sultan Abdul Samad



Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).

Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.




Tips
Dari 1904 sehingga serangan Jepun pada 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British kepada negeri-negeri Melayu.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan.

Tren
Anda boleh menaiki lrt Star dan berhenti di stesen Masjid Jamek atau Pasar Seni dan berjalan kaki sekitar 10 hingga 15 minit untuk sampai ke Bangunan Sultan Abdul Samad.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Bangsar

Bangsar, juga Bungsar (kuno), ialah sebuah kawasan penempatan popular dan hiburan popular antara penduduk bandar, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangsar terletak kira-kira 4 km di barat daya pusat bandaraya dan untuk pemandu kereta ini mengambil 10 minit dari pusat bandaraya.

Terdapat beberapa pejabat penerbitan suratkhabar utama negara di Bangsar. Ibu pejabat New Straits Times Press, syarikat penerbit bagi suratkhabar New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Mingguan, Harian Metro dan Metro Ahad, terletak di Jalan Riong. Pejabat China Press juga terletak di Jalan Riong. Berita web Malaysiakini beroperasi melalui pejabatnya di Jalan Kemuja.

Ibu pejabat syarikat bekalan elektrik dan air negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), terletak di sekitar Jalan Bukit Pantai. Bangunan ibu pejabat TM (Telekom Malaysia), Menara TM, juga terletak berhampiran dengan Bangsar.

Dataran Maybank, ibu pejabat bagi urusan insurans Maybank (Mayban), terletak di persimpangan Jalan Maarof dan Jalan bangsar.


Tips
Tokoh Bangsar yang terkenal ialah Haji Abdullah Hukum.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh bergerak sekitar Bangsar dengan lebih mudah.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Kampung Datuk Keramat


Kampung Datuk Keramat, atau lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di kawasan pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Kawasan ini terletak di timur laut pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang di negeri Selangor.

Sungai Gombak menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat dilayani oleh tiga stesen Transit Aliran Ringan, iaitu Jelatek, Dato Keramat and Damai, dalam sistem Aliran Kelana Jaya.

Keramat terletak hanya 10 minit dari Kampung Baru melalui kereta, dan pada asalnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun baru-baru ini, terdapat banyak orang asing, terutamanya orang-orang Arab, yang tinggal di sini. Aznil Haji Nawawi, pengacara ternama, berasal dari sini.




Tips
Di sini terdapat gerai-gerai makan yang menarik terutamanya kedai air buah keramat. Pasti anda tidak akan kecewa dengan air buah yang disediakan.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh bergerak sekitar keramat dengan lebih mudah.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Plaza Low Yat

Plaza Low Yat, ialah sebuah pusat beli-belah yang khususnya menjual barangan elektronik dan teknologi maklumat di Malaysia.

Plaza Low Yat terletak di Lot 7, Jalan 1/77, Off Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di belakang hotel Melia Kuala Lumpur dan menghadap Berjaya Times Square dari arah stesen monorel Imbi dan Plaza Sungei Wang dari arah stesen monorel Bukit Bintang. Ada sebuah lagi pusat beli-belah IT yang berhampiran dengan Low Yat, iaitu Plaza Imbi yang terletak di antara Melia dan Sungei Wang, tetapi terletak di jalan utama.

Plaza Low Yat Plaza terdiri daripada 12 aras, termasuk lima aras parkir bawah tanah.




Tips
Jika anda seorang penggemar alat2 teknologi, jangan lepaskan peluang untuk ke plaza ini kerana terdapat pelbagai jenis alat teknologi dijual terumanya alatan perkomputeran.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di bawah plaza ini atau ditempat letak kereta di Plaza Imbi atau Plaza Sungai wang.

Tren
Menaiki monorail dan berhenti di Stesen Imbi atau Bukit Bintang.


Talian Untuk Dihubungi
http://www.lowyat.net

Pusat Dagangan Dunia Putra

Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) (PWTC) merupakan bangunan Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan pusat pameran dan persidangan terkenal.

Asalnya bangunan 42 tingkat ini dinamakan Bangunan Tunku Abdul Rahman dan Menara Dato’ Onn sempena memperingati kedua-dua bekas Presiden UMNO. Bangunan ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan budaya tradisi Melayu.

Cadangan pembinaan PWTC bermula pada 1971, semasa Perhimpunan Agong UMNO bersetuju untuk membina sebuah bangunan tetap sebagai ibu pejabat UMNO menggantikan premis sedia ada ketika itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Projek ini kemudian dipengerusikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. Sebuah tabung khas telah ditubuhkan bagi menampung kewangan projek tersebut.

Pada tahun 1972, UMNO telah membeli 4 hektar tanah di Jalan Tun Ismail. Menerusi tabung khas yang diwujudkan, sebanyak RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dari bahagian UMNO dan juga individu.

Kemudian, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn telah mengambil alih jawatan sebagai pengerusi projek. Selepas kematian Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn yang ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah mengambilalih jawatan tersebut

Pada tahun 1979, Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan rekabentuk PWTC. Kemudian Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada Tengku Razaleigh. Kemudian, kerja-kerja pembinaan PWTC telah dimulakan ketika itu kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1985, Pusat Dagangan Dunia Kula Lumpur telah dinamakan Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Center) (PWTC) sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.





Tips
Setiap tahun Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan di sini.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Memandu sendiri ke PWTC ini dan anda boleh meletakkan kenderaan anda ditempat letak kereta yang disediakan.

Tren
Anda boleh menaiki Star lrt dan berhenti di stesen PWTC. Dari stesen, anda hanya perlu melintas jalan untuk sampai ke Bangunan PWTC ini.


Talian Untuk Dihubungi
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: (603) 2614 6999
Fax: (603) 404 33777
http://www.pwtc.com.my

Muzium Seni Asia

Muzium Seni Asia merupakan sebuah muzium yang terletak di Kuala Lumpur.

Dibuka secara rasmi pada 1980, Muzium Seni Asia menyimpan lebih 2,000 kepingan seramik yang dikumpul dari Malaysia, Thailand, Khmer, Vietnam, China, Japan, India dan Iran.

Bangunan 3 tingkat yang terletak di antara Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, muzium ini dikenali sebagai rumah pengumpulan kendi terbesar di dunia, selain itu, terdapat juga ukiran batu dan koleksi kesenian Islam daripada Negara-negara Asian. Pameran di muzium ini juga melibatkan perkakasan tenunan dan lukisan nukilan pelukis tempatan, barangan tembaga, senjata dan layang-layang.




Tips
Anda hanaya perlu ke Universiti Malaya untuk sampai ke Muzium Seni Asia ini.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Memandu sendiri ke pejabat Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, muzium ini hanya bersebelahan dengan fakulti ini.


Talian Untuk Dihubungi
Encik Abdul Aziz Abdul Rashid,
Pemangku Ketua, Muzium Seni Asia
Tel: +603-7967 3936 / +603-7967 3805
Faks: +603-7967 3985
E-mel: azizras@um.edu.my

Koperasi Belia Islam Malaysia

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah. Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI. Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori "Koperasi Model" pada tahun 1985 dan "Anugerah Kualiti" pada tahun 1993.

Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

Konsep KBI adalah bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta'awun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat menggerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.




Tips
Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi hingga 5.00 petang


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Memandu sendiri ke pejabat koperasi yang terletak di Gombak.


Talian Untuk Dihubungi
Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad
NO. 10, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
Gombak 53100
Kuala Lumpur
No. Telefon: 603- 4147 2143
No. Fax: 603- 4147 4942
http://www.kbi.com.my

Muzium Angkatan Tentera

Aspirasi untuk menubuhkan Muzium Angkatan Tentera bermula sejak awal tahun 1950 - an lagi. Walaubagaipun, pengumpulan bahan koleksi muzium hanya dimulakan pada tahun 1961 atas galakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama Jeneral Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa. Mulai saat itu usaha-usaha membangunkan muzium telah dijalankan oleh semua Panglima Angkatan Tentera (PAT) selepasnya. Berek lama "The Wade Wing" telah dijadikan sebagai bangunan pertama muzium.

Pada tahun 1976muzium telah berpindah ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi untuk membolehkan pembinaan bangunan baru Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Kemudiannya, muzium berpindahke sebuah rumah keluarga di KEMENTAH pada tahun 1981 dan selepas itu berpindah ke lokasi sekarang pada tahun 1985. Muzium ditadbirkan oleh satu lembaga yang mewakili semua departmen tentera di KEMENTAH dan seorang ahli awam. PAT menjadi penaung dan beliau melantik seorang pengerusi.




Tips
Muzium Angkatan Tentera dibuka setiap hari dari jam 1000 - 1800 kecuali Hari Jumaat dan Hari Raya Puasa/Hari Raya Haji. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Pengangkutan
Bas, Teksi
Naik teksi atau bas Intra Kota No 255 di Stesen Jalan Bandar atau Lebuh Pasar untuk ke KEMENTAH. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.


Talian Untuk Dihubungi
Muzium Angkatan Tentera
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
Telefon: 2921333 samb 3889/2010

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

Akademik Seni Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Memenuhi tuntutan objektif penubuhan ASWARA sebagai sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang banyak menyumbang kepada industri kreatif dan seni negara, maka perkhidmatan teras ASWARA yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :-

1. Pengajaran dan Pembelajaran - Menyediakan pendidikan dan pengajaran seni budaya dan warisan yang bermutu dan relevan dengan keperluan industri kreatif negara.

2. Pusat Sumber - Berperanan sebagai Pusat Sumber Sehenti (one-stop-centre) yang lengkap bagi tujuan penyelidikan dan rujukan dalam bidang seni budaya dan warisan.

3. Penyelidikan, Penerbitan dan Dokumentasi - Melaksanakan penyelidikan dan kajian dalam bidang seni budaya dan warisan bagi penemuan baru serta menerbit dan mendokumentasi hasil-hasil kreatif, kajian dan penyelidikan.

4. Khidmat Nasihat Akademik - Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang seni budaya dan warisan kepada penyelidik, pelajar, seniman dan khalayak umum.

5. Pusat Eksperimentasi - Melaksanakan eksperimentasi untuk perkembangan dan pembangunan seni budaya dan warisan.

6. Pusat Kreatif dan Inovasi - Menghasilkan karya produksi dan penerbitan kreatif dan inovatif bagi menempatkan karyawan, seniman tempatan diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa yang menyumbang kepada industri kreatif negara.




Tips
Jika anda seorang yang gemar mengembangkan seni budaya, tidak salah jika anda memasuki akademik ini.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu terus ke akademi ini yang berada di Jalan Tun Ismail.


Talian Untuk Dihubungi
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan
464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 1777
Faks : 03-2697 5452
www.aswara.edu.my

Kampung Baru

Kampung baru ialah istilah umum yang selalu digunakan bagi penempatan baru pada zaman darurat pada tahun 1950an. Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat tinggal, air, elektrik, kemudahan kesihatan dan sekolah. Penduduk yang berhampiran hutan yang terancam dengan serangan ganas komunis dipindahkan ke kampung baru yang dilindungi oleh pasukan mata-mata khas yang juga dikenali sebagai 'special constable' dan tentera.

Pada umumnya tujuan utama kampung baru dilaksanakan adalah untuk melemahkan gerakan Min Yuen. Gerakan ini membekalkan senjata, maklumat, ubat-ubatan, wang dan makanan kepada komunis. Kampung baru merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950.

Sebanyak 400,000 orang penduduk setinggan Cina telah dipindahkan ke lebih kurang 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu.




Tips
Disinilah syurga makanan di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai kedai makan yang boleh anda pilih mengikut selera anda.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh terus memandu ke Kampung Baru yang terletak ti tengah-tengah kota ini sendiri.

Tren
Dengan menaiki lrt Star, anda perlu turun di stesen Kampung Baru.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776