Sungai Kelang

Sungai Kelang merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor di Malaysia ke Selat Melaka. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1,288 km persegi. Sungai Kelang mempunyai 11 cawang sungai utama. Sungai ini bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.

Disebabkan sungai ini mengalir melalui Lembah Klang yang padat dengan lebih empat juta penduduk, ia agak tercemar. Pembangunan pesat telah menyempitkan sebahagian sungai sehingga menyerupai parit besar. Ini sering mengakibatkan banjir kilat di Kuala Lumpur, terutamanya apabila hujan lebat.




Tips
Terdapat dua empangan utama di Sungai Kelang iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gates yang menyalurkan bekalan air kepada penduduk Lembah Kelang dan penebat banjir.


Pengangkutan
Tren
Anda boleh menaiki LRT dan berhenti di Stesen Masjid Jamek. Anda boleh bejalan sahaja untuk melihat Sungai Kelang ini.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment