Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

Akademik Seni Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Memenuhi tuntutan objektif penubuhan ASWARA sebagai sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang banyak menyumbang kepada industri kreatif dan seni negara, maka perkhidmatan teras ASWARA yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :-

1. Pengajaran dan Pembelajaran - Menyediakan pendidikan dan pengajaran seni budaya dan warisan yang bermutu dan relevan dengan keperluan industri kreatif negara.

2. Pusat Sumber - Berperanan sebagai Pusat Sumber Sehenti (one-stop-centre) yang lengkap bagi tujuan penyelidikan dan rujukan dalam bidang seni budaya dan warisan.

3. Penyelidikan, Penerbitan dan Dokumentasi - Melaksanakan penyelidikan dan kajian dalam bidang seni budaya dan warisan bagi penemuan baru serta menerbit dan mendokumentasi hasil-hasil kreatif, kajian dan penyelidikan.

4. Khidmat Nasihat Akademik - Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang seni budaya dan warisan kepada penyelidik, pelajar, seniman dan khalayak umum.

5. Pusat Eksperimentasi - Melaksanakan eksperimentasi untuk perkembangan dan pembangunan seni budaya dan warisan.

6. Pusat Kreatif dan Inovasi - Menghasilkan karya produksi dan penerbitan kreatif dan inovatif bagi menempatkan karyawan, seniman tempatan diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa yang menyumbang kepada industri kreatif negara.




Tips
Jika anda seorang yang gemar mengembangkan seni budaya, tidak salah jika anda memasuki akademik ini.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu terus ke akademi ini yang berada di Jalan Tun Ismail.


Talian Untuk Dihubungi
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan
464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 1777
Faks : 03-2697 5452
www.aswara.edu.my
0 Responses

Post a Comment