Institut Perguruan Ilmu Khas


Institut Perguruan Ilmu Khas terletak di Cheras, Kuala Lumpur. institut perguruan ini dibuka sejak 1962 dengan menawarkan kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, dan Pemulihan Khas. Sebagaimana maktab-maktab perguruan yang melatih bakal guru dari seluruh Malaysia, maktab yang juga dikenali sebagai MPIK (kini IPIK) ini turut menyediakan kursus biasa seperti Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan sebagainya.

IPIK telah mengalami beberapa perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dan kini turut menawarkan Program Khas Pensiswazahan Guru untuk pendidikan khas secara berkembar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.



Tips
Kanak-kanak bermasalah perlu diberi pendidikan normal dan disinilah terlatihnya para guru yang akan membimbing kanak-kanak yang bermasalah.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke IPIK ini. Ia berdekatan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment