Sungai Gombak

Sungai Gombak merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Selangor dan Kuala Lumpur di Malaysia. Ia merupakan anak Sungai Kelang. Tempat di mana ia bertemu dengan Sungai Kelang merupakan asal nama Kuala Lumpur. Masjid Jamek terletak di tebing kuala tersebut.

Sungai Gombak merupakan salah satu daripada dua sungai yang lebih genting di Kuala Lumpur dari segi masalah banjir; yang lain itu ialah Sungai Batu. Oleh itu, takungan batu dan Terusan Lencongan Gombak dicadangkan dan kemudian disiapkan pada September 2007. Panjangnya 632.7 meter.



Tips
Sungai Gombak bersambung dengan Sungai Kelang di Kuala Lumpur.


Pengangkutan
Tren
Anda boleh menaiki LRT dan berhenti di Stesen Masjid Jamek. Anda boleh bejalan sahaja untuk melihat Sungai Gombak ini.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment