Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana yang lebih dikenali sebagai 'Lake Gardens' merupakan taman yang tertua dan paling popular di Kuala Lumpur. Ianya terletak di pinggir bandar raya Kuala Lumpur dan merupakan tempat di mana warga Inggeris dahulu mendirikan rumah-rumah kediaman mereka.

Landskap semulajadinya dengan tanah yang beralun dan laluan pejalan kaki yang cantik menyediakan destinasi riadah untuk warga kota. Tarikan utama taman ini ialah tasiknya yang dikelilingi pokok-pokok yang segar menghijau, membentuk kawasan taman yang seluas 92 hektar (227 ekar) yang mempunyai suasana nyaman.

Terokai kawasan tertutup di Taman Burung dan Taman Rama-Rama yang berdekatan atau nikmati keindahan di Taman Rusa dan Taman Orkid, yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki atau menaiki bas yang berulang-alik di kawasan ini.

Dari taman-taman ini, anda juga boleh melawat tarikan berdekatan seperti Tugu Negara, Planetarium dan Muzium Kesenian Islam Antarabangsa.


Tips
Carcosa Seri Negara terletak di perkarangan Taman Tasik Perdana. Di sini, anda boleh menikmati hidangan teh dan roti scone yang segar di beranda pada waktu petang yang nyaman.


Pengangkutan
Teksi
Pintu masuk ke Taman Tasik Perdana terletak di sepanjang Jalan Parlimen dan di belakang Masjid Negara.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776
0 Responses

Post a Comment