Perpustakaan Kuala Lumpur


Perpustakaan Kuala Lumpur ditubuhkan pada bulan April 1987 dan kini merupakan ibu pejabat bagi semua perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan oleh DBKL. Perpustakaan Kuala Lumpur merupakan perpustakaan awam dan juga pusat maklumat rujukan bagi Kuala Lumpur terutamanya dari segi sejarah, perancangan, perkhidmatan, pentadbiran dan pembangunan.

Di samping menyediakan perkhidmatan pinjaman, rujukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa,Perpustakaan Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan audio-visual, multimedia dan Internet termasuk digital library yang semakin popular. Perkhidmatan baru ini adalah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dalam pembangunan negara serta membantu masyarakat kota ke arah literasi teknologi maklumat.

Setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlu ditempah terlebih dahulu. Sila maklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab sekiranya anda memerlukan kemudahan khas atau kelengkapan-kelengkapan lain.

Waktu Perkhidmatan
Isnin
2:00 ptg hingga 6:45ptg
Selasa - Jumaat
9:30pg hingga 6:45ptg
Sabtu - Ahad
11.00pg hingga 5.00ptg

Perkhidmatan ditutup pada:
Sabtu dan Ahad ( minggu pertama )
Sabtu (minggu ketiga)
Cuti Umum



Tips
Anda digalakkan untuk mendaftar secara online. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan aktifkan keahlian anda di kaunter khidmat pelanggan apabila anda berkunjung ke Perpustakaan Kuala Lumpur!


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan bersebelahan dengan perpustakaan.


Talian Untuk Dihubungi
No. 1, Jalan Raja
50050 Kuala Lumpur
Tel: (03) 26123500
Tel: (03) 26123508 - Bahagian pembaharuan pinjaman buku
Fax: (03) 2693 7313
http://klcitylib.dbkl.gov.my
1 Response
  1. the legend Says:

    Dulu sebelum ianya jadi library, bangunan ni bangunan apa?


Post a Comment