Carcosa Seri Negara

Carcosa Seri Negara yang terletaknya di sebelah Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, di bina oleh Sir Frank Swettenham pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasminya. Beliau pindah masuk pada 1904 dan menggelarkannya "Carcosa", kemungkinan sepatah kata pinjaman Itali yang bermaksud "tempat yang amat disayangi".

Pada masa yang sama, Sir Frank juga siap membina bangunan "King House" di tepi bukit sebelah. Tujuan pembinaan King's House, kini digelarkan "Seri Negara" (bermaksud "negara indah"), adalah untuk melindungi Gabernor Negeri-negeri Selat serta tetamu-tetamu Persekutuan Tanah Melayu yang mustahak.

Sir Frank, Penasihat British bagi Sultan Perak, telah mencadangkan penggabungan keempat-empat negeri menjadi sebuah persekutuan. Cadangannya diterima oleh sultan-sultan berkenaan dan Pejabat Luar Negeri British. Seterusnya, Sir Frank dilantik sebagai Residen-Jeneral pertama Negeri-negeri Melayu Persekutuan.

Kuala Lumpur pada masa itu merupakan sebuah kampung sederhana yang pada khususnya didiami oleh pelombong timah Cina. Akan tetapi Sir Frank mencintai tapak ini sejak 1888 sewaktu melawat kawasan hutan di pinggir barat. Oleh sebab beliau berasa bahawa bandar itu memerlukan sebidang kawasan awam, Sir Frank mengempang sungai di tapak hutan. Sungai itu menjadi tasik dan hutannya menjadi apa yang kini dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.

Kini, Carcosa merupakan salah satu daripada hotel utama di Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai 13 suite yang dilengkapi dalam gaya keregenan dengan kain broked, goresan lama dan objek karya seni. Kesemua suite dipasang dengan alat penyaman udara dan dilengkapi dengan bar mini, peti besi peribadi, televisyen satelit, meja tulis, pemain DVD/CD dan laluan internet. Julat kadar suite adalah dari RM1,100 hingga RM3,500 sehari, tidak termasuk caj khidmat sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 5%.




Tips
Dari 1904 sehingga serangan Jepun pada 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British kepada negeri-negeri Melayu.

Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Dengan memandu sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang disediakan. Ia terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana.


Talian Untuk Dihubungi
Taman Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: (60 3) 2295-0888
Fax: (60 3) 2282-7888
www.ghmhotels.com
0 Responses

Post a Comment