Istana Budaya

Istana Budaya adalah salah satu dari 10 panggung teater tercanggih di dunia dan menjadi panggung teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan pentas yang terkini, meletakkanya pada taraf yang sama dengan panggung teater terkemuka di dunia - Royal Albert Hall di London.

Bangunan utama Istana Budaya direka berasaskan bentuk sirih junjung iaitu gubahan tradisional daun sirih yang digunakan di majlis perkahwinan dan majlis menyambut tetamu dan dibahagikan mengikut kegunaannya berdasarkan rumah tradisional Melayu.

Bahagian dalam Istana Budaya yang mewah diperbuat menggunakan marmar Langkawi serta pintu kayu tropika yang diukir tangan dengan corak motif bunga dan daun yang menyerlahkan lagi keindahan ruang ini. Ringkasnya, bangunan Istana Budaya ini sendiri merupakan sebuah hasil seni yang mempesona.

Istana Budaya mengadakan pelbagai persembahan kebudayaan dan muzik antarabangsa serta konsert dan persembahan tarian balet. Jenis persembahan yang disediakan bergantung kepada jadual tahunan penganjur.


Tips
Sekiranya anda mahu melawat kawasan di sekitar Istana Budaya, Taman Tasik Titiwangsa terletak di belakang Istana Budaya dan Galeri Seni Negara terletak bersebelahan dengannya. Sila layari laman web Istana Budaya untuk mengetahui jadual persembahan.


Pengangkutan
Teksi
Istana Budaya terletak di Jalan Tun Razak bersebelahan dengan Institut Jantung Negara.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web : http://www.istanabudaya.gov.my/
0 Responses

Post a Comment