Institusi Victoria

Institusi Victoria (VI) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria adalah sekolah menengah untuk murid-murid lelaki pada awal penubuhannya dan perempuan untuk tingkatan 6. Ia merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur. Sekolah ini lebih dikenali sebagai VI dan pelajarnya dikenali sebagai Victorian. VI sangat terkenal dari segi pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti lain untuk peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai sebuah daripada sekolah yang terbaik di antara sekolah-sekolah di Malaysia. Dalam tahun 1880-an, beberapa warganegara terkemuka, iaitu Capitan China Kuala Lumpur, Yap Kwan Seng, Towkay Loke Yew dan Thamboosamy Pillay adalah antara individu yang terlibat dalam mencetuskan idea untuk membina institut ini. Dengan sokongan Residen British di Selangor, Tuan W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor, mereka membina Institut Victoria dalam tahun 1893. Nama Victoria telah digunakan bagi memperingati Jubli Emas Ratu Victoria.

Pembinaan asal Institut Victoria terletak di Jalan Bandar dan adalah dengan secara rasminya dibuka pada 30 Julai 1894. Walau bagaimanapun pada bulan Mac 1929 sekolah Victoria dipindahkan ke Jalan Hang Tuah, kerana lokasi lama dilanda banjir jika hujan lebat kerana berdekatan dengan Sungai Klang. Dewan sekolah, Pavilion dan Menara Jam terletak di bangunan utama. VI juga mempunyai kolam renangnya sendiri dan trek tiruan untuk acara pecut 100 meter. VI mempunyai pelbagai kelab, badan berunifom dan sukan yang aktif dan boleh disertai oleh pelajar. Secara tradisi Institut Victoria bersaing hebat dengan Sekolah St. John kerana kedua-duanya dianggap sekolah yang terbaik di Kuala Lumpur. VI juga bersaingan dengan Royal Millitary College (RMC) dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Selain itu, VI ialah sebuah sekolah yang kaya dengan warisan dan tradisinya sendiri. Merupakan sebuah daripada sekolah tertua di Malaysia, ia telah mengukir banyak kenangan manis untuk pelajar-pelajarnya. Semasa perayaan, Victorians lama dan baru, akan berkumpul di Segiempat yang terkenal sekolah itu untuk menyaksikan persembahan prestasi badan berunifom terbaik, iaitu Pasukan Kadet Jalur VI. Pasukan Kadet dan Palang Merah VI juga membuat persembahan dalam tatu ketenteraan.


Tips
Merupakan sekolah tertua di Malaysia dan Kuala Lumpur. Sekolah ini dikenali umum sebagai V.I dan para pelajar yang belajar disini dikenali sebagai Victorian.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Boleh terus memandu ke perkarangan sekolah untuk melawat.


Talian Untuk Dihubungi
71 Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 2078 2489
0 Responses

Post a Comment