
Jalan Masjid India merupakan sebatang jalan yang popular bagi warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk membeli-belah pada musim perayaan.
Terdapat banyak deretan kedai dan gerai menjual pelbagai jenis tekstil dan perhiasan diri dijual pada harga yang murah. Jalan ini setanding dengan Jalan Petaling yang terletak berdekatan dengan Puduraya. Sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, orang Melayu pergi membeli baju hari raya yang sudah siap di Wisma Yakin. Kini pilihan baju Melayu lebih banyak dan dijual di merata-rata tempat.
Jalan ini dinamakan bersempena adanya sebuah masjid India di jalan ini. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Dickson Street.

Terdapat juga sebuah masjid Pakistan di sini. Masjid ini berasaskan Imam Hambali sementara masjid Jamek berasaskan imam Syafie.
TipsSatu pengalaman yang menyeronokkan bagi sesiapa yang suka membeli belah. Terdapat pelbagai barangan dijual dengan harga yang berpatutan. Jika anda datang ke Kuala Lumpur, jangan melepaskan peluang untuk singgah di sini.
PengangkutanTrenAnda boleh menaiki lrt dan berhenti di stesen masjid jamek dan hanya beberapa minit berjalan kaki untuk memasuki perkarangan bazar Jalan Masjid India ini.
Talian Untuk DihubungiUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Pembinaan bermula pada tahun 1966 dan siap pada tahun 1968. Pada 17hb Februari 1968, Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Sebelum Angkasapuri dibuka, Pusat Penyiaran negara ini sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejarah perkembangannya bermula apabila Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur memulakan siarannya di Bukit Petaling pada tahun 1930. Dari sini ia mula berpindah ke Bangunan Guthric dan kemudian ke Bangunan Oriental di Jalan Tun Perak. Selepas itu ia berpindah lagi ke Hospital Tang Lin dan akhirnya ke Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur selama kira-kira 15 tahun sebelum berpindah ke Angkasapuri. Sementara studio sementara Televisyen Malaysia yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Ampang berhampiran dengan Dewan Tunku Abdul Rahman (kini Pusat Pelancongan Malaysia) telah memulakan siarannya pada 28hb Disember 1963.

Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam.
Pada 29hb Ogos 1988, Bangunan Angkasapuri dan bendera Malaysia (kini Jalur Gemilang) telah mencipta sejarah apabila sebuah bendera gergasi berukuran 85.3 meter panjang dan 24.3 meter (60 gulung kain) telah dinaikkan oleh 500 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Bendera gergasi tersebut dinaikkan selama 10 minit bermula jam 9.00 pagi dan ia disaksikan oleh 5000 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Proses membuat bendera gergasi ini memakan masa dua minggu
TipsBangunan Angkasapuri ini digunakan oleh Kementerian Penerangan.
PengangkutanTrenAnda boleh menaiki Komuter dan berhenti di stesen Angkasapuri dan hanya berjalan kaki beberapa minit untuk sampai ke pintu utama Andkasapuri.
Talian Untuk DihubungiWisma TV Radio Television Malaysia,
Angkasapuri Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan 50614, Malaysia
03-2282-5333
http://www.rtm.gov.my/

Muzium Sejarah Nasional merupakan sebuah muzium yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Muzium ini dibuka pada 4 April 1996 dan merupakan muzium kebangsaan kedua selepas Muzium Negara. Bagaimanapun pada 2007, muzium ini telah ditutup dan koleksi dipindahkan ke Muzium Negara.
Muzium Sejarah Nasional menempatkan pameran keunikan sejarah perkembangan tanah air dari zaman awal sehingga kini. Terdapat hampir seribu koleksi yang dikumpul berasaskan kepada kepentingannya kepada sejarah negara, dan diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti: Senjata, Manuskrip, Peta, Duit, Cop Mohor dan Alat Batu.

Muzium Sejarah Nasional merupakan salah sebuah muzium yang dibangunkan dengan objektifnya yang khusus dan tersendiri. Diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, muzium ini merupakan satu lagi destinasi baru pelancongan yang berasaskan edu-tainment yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pembangunan muzium ini adalah merupakan detik permulaan dalam usaha mengorak langkah dalam memberikan perhatian kepada khazanah warisan negara supaya ianya lebih terperlihara dan dapat dimanfaatkan.
TipsMasa Lawatan : Setiap hari 9 pg - 6 ptg. Bayaran masuk RM1.00
PengangkutanBasPengangkutan bas Intrakota no. 33, 35, 2, 27, 28 dan 110 dari Chow Kit dan bas-bas yang melalui di Pasar Seni.
Tren10 minit berjalan kaki dari stesen LRT Putra (Pasar Seni) dan Stesen Star dan Putra (Masjid Jamek)
Talian Untuk DihubungiMuzium Sejarah Nasional
29, Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur
Tel: 603-26944590 / 603-26944591 / 603-26944592
Faks: 603-26944640

Institut Perguruan Ilmu Khas terletak di Cheras, Kuala Lumpur. institut perguruan ini dibuka sejak 1962 dengan menawarkan kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, dan Pemulihan Khas. Sebagaimana maktab-maktab perguruan yang melatih bakal guru dari seluruh Malaysia, maktab yang juga dikenali sebagai MPIK (kini IPIK) ini turut menyediakan kursus biasa seperti Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan sebagainya.

IPIK telah mengalami beberapa perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dan kini turut menawarkan Program Khas Pensiswazahan Guru untuk pendidikan khas secara berkembar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.
TipsKanak-kanak bermasalah perlu diberi pendidikan normal dan disinilah terlatihnya para guru yang akan membimbing kanak-kanak yang bermasalah.
PengangkutanKenderaan SendiriAnda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke IPIK ini. Ia berdekatan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM.
Talian Untuk DihubungiUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Menara Telekom ialah bangunan ibu pejabat Telekom Malaysia Berhad di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menara ini yang mempunyai 55 tingkat merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas. Tingginya 310 meter atau 1,017 kaki.
Pencakar langit ini direka oleh Hijjas Kasturi Associates, menyerupai sebatang buluh yang bercambah dan dibina oleh PECD Berhad pada tahun 1998. Menara ini siap dibina pada di tahun 2001.
TipsKeluasan untuk keseluruhan tingkat bagi menara ini ialah 1.6 juta kaki persegi.
PengangkutanKenderaan SendiriAnda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Menara Telekom ini.
Talian Untuk DihubungiUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Informasi Korporat di talian : 03-22409494

Kompleks Dayabumi merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ia terletak berhampiran Masjid Negara, stesen kereta api lama dan Rumah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin.

Dengan ketinggian 157 meter boleh memuatkan 39 tingkat untuk kegunaan pejabat. Ia mengambil masa selama 2 tahun untuk dibina dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Kompleks ini dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA. UDA merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan bandar.
TipsKompleks ini mempunyai senibina yang amat menarik untuk dilihat. Anda perlu datang sendiri untuk menghayati senibinanya.
PengangkutanKenderaan SendiriAnda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Bangunan Dayabumi ini. Ia terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka sahaja.
Talian Untuk DihubungiUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Di sinilah mereka yang banyak menyumbang jasa kepada negara Malaysia, dan dianggap sebagai pahlawan dikebumikan.

Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
- Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
- Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
- Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
- Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
- Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
- Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
- Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
- Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
- Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
- Tan Sri Mohd Khir Johari — Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
TipsAnda hanya perlu ke Masjid Negara untuk sampai ke sini.
PengangkutanKenderaan SendiriAnda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Makam Pahlawan.
Talian Untuk DihubungiUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Masjid Negara di talian +603-2693 7905