Chow Kit

Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.

Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai keciil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Negro / orang Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur. Ia juga bercirikan pasar malam yang dikenali sebagai Bundle Chow Kit di sepanjang Lorong Haji Taib yang mana juga dikenali ramai yang menjadi penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya. Chow Kit juga dikenali sebagai daerah lampu merah dan sebagai tempat perjumpaan mak nyah. Ia juga dikenali sebagai tempat popular bagi penagih dadah. Stesen Monorail Chow Kit terletak di dalam kawasan ini dan Stesen LRT PWTC terletak berdekatan.



Tips
Penyanyi Sudirman Arshad pernah mengadakan konsert terbuka di sini dan menyampaikan lagu 'Chow Kit Road' pada tahun 1980-an.


Pengangkutan
Kenderaan Sendiri
Anda boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke Chow Kit.

Bus dan Teksi
Perkhidmatan teksi dan bas sememangnya banyak untuk anda ke sini.

Tren
Dengan menaiki Monorel, anda hanya perlu berhenti di stesen Chow Kit.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188
Talian Infoline Pelancongan: 1-300-88-5776
1 Response
  1. Pink Hazel Says:
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment